Apa itu Pelan Cheeseman ?
Perancangan
untuk membentuk satu sistem pendidikan yang bersifat kebangsaan sebenarnya
telah dilihat berkait rapat dengan langkah-langkah dan usaha-usaha yang diambil
oleh British sejak tahun 1945 lagi. Ini
kerana sekembalinya pihak British ke Tanah Melayu selepas pengunduran tentera Jepun,
pihak British telah merancang dengan penuh komitmen untuk menyediakan Tanah Melayu
kearah berkerajaan sendiri dan seterusnya memperoleh kemerdekaan penuh[1]. Cuma
pada ketika itu melalui Pelan Cheesman yang telah diutarakan oleh H.R cheesman
dalam Council Paper no. 53 (1946) tujuan pihak British lebih kepada usaha-usaha
untuk memulihkan kembali sistem pendidikan Tanah Melayu yang terjejas akibat
tercetusnya perang dunia kedua[2]. Menurut Pelan Cheesman, dua objektif
pendidikan pada masa itu terbahagi kepada dua iaitu objektif jangka pendek dan
objektif jangka panjang. Objektif jangka pendek
ialah pembinaan semula pendidikan selepas perang untuk memulihkan
keadaan sekolah-sekolah seperti dahulu dengan seberapa segera dan memberi
pendidikan kepada semua orang yang tidak mendapat pendidikan akibat peperangan[3].
Manakala objektif jangka masa panjang ialah membina kembali sistem pendidikan
yang menyeluruh supaya semua kaum di Tanah Melayu memperolehi perkembangan
pendidikan yang penuh. Oleh itu mereka telah merancang beberapa cadangan untuk
menyusun kembali sistem pendidikan[4].
Bagaimanapun, objektif jangka pendek lebih dilihat di beri penekanan oleh pihak
British iaitu memulihkan kembali sekolah-sekolah selepas perang[5].
Dalam Pelan Cheeseman 1945-1949, pelan ini telah mencadangkan untuk mewujudkan empat
jenis sekolah di peringkat rendah dan dua jenis sekolah di peringkat menengah.
Pada peringkat sekolah rendah terdapat Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil yang
menggunakan bahasa masing-masing sebagai bahasa pengantar[6].
Di peringkat menengah, terdapat dua jenis sekolah yang dibenarkan iaitu,
sekolah yang menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar tetapi bahasa
ibunda mereka juga akan diajar. Satu jenis lagi adalah, sekolah aliran lain
(melayu, cina, tamil) tetapi bahasa inggeris akan menjadi bahasa kedua[7].
Dalam Pelan Cheeseman ini jelas pembinaan dan penyatuan bangsa langsung tidak
difikirkan oleh British sewaktu mereka merangka rancangan ini.
Walaubagaimanapun, rancangan ini tidak dapat dilaksanakan kerana kerajaan
British pada masa ini lebih menumpukan kepada program pemulihan Tanah Melayu
selepas penjajahan Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua[8].
Tambahan pula cadangan mewujudkan Malayan Union telah mendapat bantahan yang
sangat kuat daripada penduduk di Tanah Melayu dan bagi menggantikannya
Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk pada tahun 1948[9].Konsep
pendidikan dwibahasa telah timbul kembali pada tahun 1951 dalam Jawatankuasa Pelajaran
Melayu atau lebih dikenali sebagai Laporan Jawatankuasa Barnes.
[1] J.S. Solomon, The Development
of Bilingual Education in Malaysia, Pelanduk
Publication Sdn. Bhd, 1988, hlm 25.
[2] Ibrahim Saad, Pendidikan
dan Politik di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia
Kuala Lumpur, 1966, hlm 41.
[5] Ibrahim Saad, Pendidikan
dan Politik di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia
Kuala Lumpur, 1966, hlm 41.
[6] J.S. Solomon, The Development
of Bilingual Education in Malaysia, Pelanduk
Publication Sdn. Bhd, 1988, hlm 25.
[7] J.S. Solomon, The Development
of Bilingual Education in Malaysia, Pelanduk
Publication Sdn. Bhd, 1996, hlm 26.
No comments:
Post a Comment