Hans Kohn dalam “The Idea of
Nationalism” mentakrifkan nasionalisme sebagai suatu pemikiran
kenegaraan yang melibatkan satu jumlah penduduk
yang majoriti yang diakui oleh mereka semua, bahawa meraka mengenali
negara bangsa mereka sebagai satu bentuk organisasi politik[1].
Nasionalisme merupakan keadaan fikiran dimana proses sejarah boleh dianalisis sebagai
penggantian perubahan dalam psikologi masyarakat, sikap manusia terhadap semua
manifestasi kehidupan individu dan kehidupan sosal seperti faktor bahasa,
wilayah dan budaya[2].
Selain itu Kohn mengatakan nasionalisme merupakan idea yang mengisi minda
masyarakat dengan sentiman atau pemikiran baru dan mendorong mereka
menterjemahkannya kedalam tindakan yang teratur[3]. Nasionalisme
juga boleh diertikan sebagai perasaan untuk memelihara atau memperluaskan
semangat kebangsaan rakyat dan identiti kebangsaan. Nasionalisme bentuk ini
dianggap sebagai satu ‘ideologi yang mendominasi’ satu kumpulan manusia untuk
menaik taraf perkumpulan mereka.
Nasionalisme merupakan satu gerakan yang meletakkan kesetian seseorang kepada negara atau bangsanya
ReplyDeleteSo,good
Delete😀
ReplyDelete