Para sejarahwan
mencatatkan masa pemerintahan Kesyogunan Ashikaga dalam tempoh yang pelbagai.
Jeffrey P. Mass dan William B. Hauser dalam ‘ The Bakufu In Japanese History’ pula mencatatkan antara tahun
(1336-1573M)[1].
Manakala, Kozo Yamamura dalam ‘The
Cambridge History of Japan’ pula
mencatatkan di antara lingkungan tempoh masa (1336/1338-1573M). apa yang boleh disimpulkan disini, tempoh
masa (1336-1573M) merupakan tempoh masa pemerintahan yang paling tepat. Pengakhiran
Kesyogunan Kamakura yang berakhir pada tahun 1333[2]
menyebabkan wujudnya Zaman Kesyogunan Ashikaga. Pada tahun 1333, Maharaja
Go-daigo (1288-1339M) telah berjaya menggulingkannya. Kejayanya disebabkan sokongan yang telah
diberi oleh beberapa orang jeneral yang utama seperti Kusunoki Masashige
(1294-1336M), Nitt Yoshisada (1301-1338M) dan Ashikaga Takauji
(1305-1358M). Selepas itu kuasa politik
kembali semula kepada Maharaja Go-Daigo.
Namun, maharaja Go-Daigo tidak dapat mempertahankan kuasa hal ehwal
politik Jepun dengan lebih lama dan hanya bertahan selama tiga tahun sahaja[3]. Ini kerana menjelang tahun 1335M, Maharaja
Go-Daigo telah kehilangan hak kekuasaan politiknya disebabkan kerajaan imperial
yang diketahui oleh Maharaja Go-daigo tidak berjaya menghapuskan kuasa kelas
tentera di wilayah-wilayah. Apa yang lebih penting, kerajaan juga tidak berjaya mengawal kuasa shugo dan jito.
Ashikaga
Takauji muncul semula dengan membantu Maharaja Go-Daigo untuk menggulingkan
Kamakura Bakufu dan memperolehi peluang untuk memberontak dan menentang
kerajaan imperial pada tahun 1335M.
Maharaja Go-daigo telah diusir keluar dari Kyoto pada tahun 1336M. Takauji kemudiannya menabalkan seorang
Maharaja lain untuk menaiki takhta.
Go-daigo telah menubuhkan Kerajaan Imperial saingan di Yoshino yang
terletak berhampiran Nara. Pada tahun 1392M, para pengganti Go-daigo telah
dibawa balik ke Kyoto oleh keluarga Ashikaga yang menjanjikan bahawa warisan
pengganti-pengganti Go-Daigo akan menaiki takhta secara bergilir-gilir dengan
Takauji menentukannya. Walaubagaimanapun,
keluarga Ashikaga tidak menunaikan janji mereka dimana para pengganti Go-Daigo
tidak pernah menaiki takhta selepas itu.
Menjelang tiga tahun kemudian iaitu dalam tahun 1338M, Takauji melantik
dirinya sebagai Sei-I-Taishigun[4]. Beliau telah mengasaskan Bakufu yang
baru. Beliau telah menubuhkan kerajaan ketenteraan
yang kedua di Jepun. Bakufu inilah yang
akhirnya dikenali sebagai Kesyogunan Ashikaga.
Zaman Kesyogunan
Ashikaga ini tidaklah sehebat zaman Kamakura dan Tokugawa. Kesyogunan Ashikaga
turut dikenali dengan nama Muromachi Bakufu kerana namanya diambil sempena
pembinaan sebuah istana baru di Muromachi (Kyoto) pada tahun 1378M oleh Bakufu
Ashikaga ketiga iaitu Yoshimitsu (1358-1408M). Kesyogunan Ashikaga juga turut
dipindahkan ke Kyoto. Keadaan ini telah menjadikan Kyoto sebagai ibu negara politik
Jepun dan secara tidak langsung struktur pemerintahannya adalah berlandaskan
Kesyogunan Kamakura. Walau bagaimanapun, jika dilihat dari segi kawalan
politik, ternyata Kesyogunan Ashikaga telah gagal melaksanakan kawalan ke atas
kelas tentera wilayah dan Daimyo atau tuan-tuan tanah feudal. Disebabkan faktor
ini, era Ashikaga dilihat sebagai zaman berlakunya masalah politik dan sosial.
Namun apa yang penting juga disini, zaman pemerintahan Kesyogunan Ashikaga
telah memberi impak kepada kemajuan Jepun dalam bidang ekonomi, sosial dan
politik itu sendiri. Bagi membincangkan
mengenai Kesyogunan Ashikaga, tumpuan akan diberikan dari aspek politik,
ekonomi dan sosial yang melibatkan pemerintahan selama lebih kurang 273 tahun.
Politik dan pemerintahan era Kesyogunan Ashikaga
Umumnya kita dapat melihat dengan jelas bahawa
Kesyogunan Ashikaga masih meneruskan corak pemerintahan dan pentadbiran Zaman
Kamakura. Walau bagaimanapun, pada waktu ini telah berlaku pertambahan kuasa di
kalangan Jito, Shugo, Daimyo dan Samurai. Jito
merupakan jawatan yang diberikan pelbagai maksud serta takrifan seperti polis,
pengurus, hakim dan pelbagai autonomi ke atas estet dan tanah awam. Tugas atau
peranannya adalah mengenai perkara yang berkaitan dengan tanah awam dan
persendirian di setiap wilayah. Manakala syugo
pula bertanggungjawab sebagai ‘high
constable’ atau pegawai tinggi polis bagi mengawal setiap wilayah sama ada
dalam menyediakan khidmat kawalan mahupun dalam membanteras kegiatan jenayah contohnya
dalam kes-kes pembunuhan dan pemberontakan. Penguasaan golongan ini telah
menyebabkan pengaruh dan kuasa pemerintah Ashikaga berkurangan. Sistem politik
dan pentadbiran Kesyogunan Ashikaga dapat diperhatikan melalui wujudnya tiga
buah jabatan. Ia merangkumi Samurai Dokoro (ketenteraan), Mandokoro (
pentadbiran), dan Manchujo (Mahkamah Agung). Samurai Dokoro merupakan sebuah jabatan yang dipertanggungjawabkan
dalam mengendalikan semua urusan dalam hal ehwal tentera seperti hak istimewa,
obligasi-obligasi, harta benda, pangkat dan lain-lain untuk kakitangan tentera.
Atas tujuan ini, seorang ketua yang bergelar Kumonjo telah dilantik. Tujuan
sebenar pemusatan semua hal ehwal tentera di bawah satu autonomi jabatan adalah
untuk memastikan golongan Daimyo (tuan-tuan tanah feudal) berada di bawah
kawalan Bakufu. Keadaan ini disebabkan Samurai Dokoro inilah yang merupakan
seseorang yang dipertanggungjawabkan dalam menentukan kegiatan harian Daimyo
termasuklah urusan perkahwinan, perbelanjaan dan sebagainya. Selain itu juga,
pemusatan ini dibuat bertujuan untuk mendisiplinkan golongan perwira atau
samurai di bawah satu sistem dan
peraturan yang akhirnya mengangkat kedudukan golongan tentera dalam kelas
sosial. Sementara itu, Mandokoro pula
bertanggungjawab dalam menguruskan pelbagai urusan harian Bakufu manakala Manchujo ditugaskan dalam membicarakan
kes-kes awam serta berkait rapat dalam pengurusan Mahkamah Agung.
Dalam
sistem pentadbiran Kesyogunan Ashikaga yang bercorak ketenteraan ini, terdapat Syogun-Syogun
yang dipertanggungjawabkan dalam mentadbir Jepun pada masa tersebut. Walau
bagaimanapun, syogun-syogun ini dianggap kurang berkepimpinan dan berwibawa
seperti Minamoto Yoritomo pada era zaman Kesyogunan Kamakura.
Nama Pemerntah
|
Tempoh Pemerintahan
|
1-
Takauji (1305-1358)
|
1338-1358
|
2-
Yoshiakira (1330-1367)
|
1359-1367
|
3-
Yoshimitsu (1358-1408)
|
1368-1394
|
4-
Yochimochi (1386-1428)
|
1394-1423
|
5-
Yoshikazu (1407-1425)
|
1423-1425
|
6-
Yoshinori (1394- 1441)
|
1429-1441
|
7-
Yoshikatsu (1434-1443)
|
1441-1443
|
8-
Yoshimasa (1436-1490)
|
1443-1473
|
9-
Yoshihisa (1465-1489)
|
1473-1489
|
10-
Yoshitane (1466-1523)
|
1490-1443 , 1508-1521
|
11-
Yoshizumi (1480-1511)
|
1493-1508
|
12-
Yoshiharu (1511-1550)
|
1521-1546
|
13-
Yoshiteru (1536-1565)
|
1546-1565
|
14-
Yoshihide (1540-1568)
|
1568
|
15-
Yoshiaki (1537-1597)
|
1568-1573
(turun takhta 1588)
|
Senarai
pemerintah Kesyogunan Ashikaga daripada Takauji (1338-1358M) hingga Yoshiaki
(1568-1573M) dan turun takhta pada 1588.
Aspek
ekonomi era Kesyogunan Ashikaga
Keshogunan Ashikaga memberi beberapa
perubahan dari sudut ekonomi yang membantu perkembangan penting dalam sejarah
tamadun Jepun.. Hal ini boleh dilihat dari sudut pertanian dan perindustrian[5]. Dua
tanaman dalam bidang pertanian iaitu tanaman gandum dan barli akan diusahakan
selepas penuaian padi. Manakala penggunaan kuda dan sapi telah dilakukan bagi
memudahkan segala aktiviti pertanian[6].
para pembesar juga pada ketika itu dilihat giat memainkan peranan dalam
memulihkan kembali ekonomi mereka akibat daripada peperangan yang menyebabkan banyak
daripada hasil tanaman rosak. Pelbagai langkah yang telah diambil ialah dengan
membina sistem pangairan dan saliran bagi disalurkan ke kawasan-kawasan sawah
padi. Ini ditambah lagi dengan wujudnya tanaman kapas dan teh yang telah
diusahakan secara meluas. Impak daripada pertanian tanaman teh menjadikan
upacara minum teh di Jepun sebagai satu kebudayaan yang terkenal hingga berkekalan
ke hari ini.
Selain daripada bidang pertanian, Syogun
Ashikaga telah menyaksikan perkembangan bidang perindustrian yang pesat. Ini boleh dilihat melalui pengeluaran
barang-barang tembikar di bandar Seto di wilayah Owari yang telah menjadikan
bandar tersebut sebagai pusat pengeluaran barang-barang tembikar di Jepun[7].
Selain itu, barangan kraftangan seperti barangan dapur yang diperbuat daripada logam, kain tenunan dan pembuatan
kertas turut diperbuatkan. Industri pembuatan pinggan mangkuk juga turut
berkembang rentetan daripada peperangan asing yang meletus. Ini disebabkan
pinggan mangkuk sangat diperlukan dan pada masa tersebut peralatan ini
merupakan suatu yang baru di Jepun.
Dalam bidang perindustrian juga terdapat
perkembangan baju kalis senjata tajam telah diperkenalkan dan digunakan secara
meluas terutama sewaktu berlakunya peperangan. Pada kebiasaannya, kain kapas,
sutera dan keluli akan digunakan bagi menghasilkan baju kalis senjata yang
bermutu tinggi. Kemunculan persatuan-persatuan kewangan seperti ‘tanomoshiko’ atau ‘mujinko’ juga menunjukkan bahawa berlaku perkembangan ekonomi pada zaman
Kesyogunan Ashikaga[8].
Pusat-pusat kewangan seperti pusat pertukaran wang, kedai-kedai beras dan sake
(sakaya) turut berkembang pesat terutamanya di wilayah-wilayah seperti Sakai,
Kuwana, Hakata dan Ise.
Industri perlombongan pesat dijalankan dan
pengeluaran emas, perak serta tembaga bertambah dengan banyaknya. Apabila
ekonomi telah berkembang dengan pesatnya, pengkhukusan mula berlaku dan
bilangan tukang-tukang, saudagar-saudagar telah bertambah dengan berganda[9].
Organisasi-organisasi yang serupa dengan guilds/persatuan ( yang dipanggil
dalam bahasa jepun ) mula wujud. Organisasi-organisasi ini memonopoli
pengeluaran dan pemasaran sebarang baranga khusus.
Seperti zaman Kamakura, Jepun pada waktu ini
telah mengadakan hubungan dengan negara China[10]. Antara
kejayaan shogun ashikaga ialah mereka berjaya menjalankan hubungan perdangan
dengan kerajaan Ming di China. Pada masa yang sama iaitu pada tahun 1938 ketika
ketika kekuasaan Yoshimitsu, Dinasti Ming telah berkuasa di China[11]. Rundingan
diantara Yoshimitsu dengan Maharaja Ming telah membuka jalan antara dua negara
berkenaan. Diantara tahun 1404-1410, lima misi perdagangan termasuk 38 kapal Jepun
telah belayar daripada pelabuhan Jepun ke China[12]. Kesan
daripada perdagangan dengan China ini telah memberi kesan yang baik kepada Jepun
iaitu beberapa pelabuhan seperti pelabuhan Hijogo, Hakata dan Sekai bertambah
maju[13].
Selain itu, kekayaan yang berjaya dikumpulkan melalui pengaruh zen kepada
monastri dan Bakufu telah memberikan sumbangan yang besar dalam menghasilkan
pembinaan kuil-kuil yang indah, istana dan rumah-rumah persinggahan. Ekonomi
wang juga berkembang dengan pesat dan proses ini dipercepatkan oleh kemajuan
perdangan tempatan dengan luar negeri terutamanya dengan china[14]. Melalui
perdagangan yang dijalankan dengan negara China, Jepun telah menukarkan
barangannya dengan wang tembaga dari China. Penggunaan wang tembaga dari China
telah menjadi asas dalam perdagangan utama di negara Jepun.
Golongan suci zen telah memainkan peranan
penting dalam melaksanakan segala urusan yang berkaitan dengan pengendalian,
penghantaran dan penerimaan kargo. Mereka juga turut menjadi rakan kongsi dan
juga pakar kewangan yang berwibawa dalam perdagangan. Kemajuan dalam sistem
ekonomi kewangan telah mewujudkan sistem pajak gadai yang menyaksikan golongan
yang tidak memiliki tanah telah dikenakan bayaran dan bunga yang sangat tinggi.
Namun, terdapat juga usaha untuk menamatkan perdagangan di antara China dan
Jepun oleh beberapa pemerintah Kesyogunan Ashikaga. Misalnya, Yoshimochi yang
merupakan anak kepada Yoshimitsu. Walaubagaimanapun, selepas itu usaha
perdagangan telah disambung semula oleh Yushimori dengan menghantar perwakilan
kemaharajaan China iaitu Xuan-Ce atau Hsuan-Tee dengan tujuan memperbaharui
perdagangan.
Hubungan perdagangan juga telah diadakan
dengan orang-orang Portugis sejak abad ke-16 lagi[15].
Ini merupakan ekoran daripada tiga orang Portugis telah karam di lautan dan
terdampar di Tanegashima iaitu sebuah pulau kecil di selatan Kyushu.
Senjata yang dikenali dengan nama ‘matchlock muskets’ telah dibawa
bersama-sama dan ini telah menarik hati penduduk Jepun yang sukakan peperangan
pada ketika itu. Pelbagai jenis kapal perdagangan Portugis telah datang ke
pelabuhan Kyushu dalam tempoh dua tahun. Kedatangan mereka adalah bertujuan
untuk menjual barangan dagangan seperti senjata api, kain kapas dan sutera
China untuk ditukarkan dengan perak dan tembaga Jepun.
Sementara itu, pembangunan dalam
negeri dan perdagangan luar telah memberikan kemajuan yang besar dalam Zaman
Ashikaga. Penggunaan mata wang sedang giat dilakukan. Terdapat juga sesetengah
daripada pemilik tanah dan petani lebih menggemari membayar cukai daripada
penggunaan wang berbanding menggunakan beras. Kemajuan yang dicapai dalam
penggunaan sistem ekonomi kewangan telah mewujudkan sistem pajak gadai. Dengan
ini golongan yang tidak memiliki tanah akan ditindas kerana diberikan bayaran
serta bunga yang sangat tinggi. Keadaan ini akhirnya membawa kepada rusuhan
akibat daripada kegagalan mengawal ketenteraman awam.
Aspek
sosial era Kesyogunan Ashikaga
Seni lukis
Zaman Kesyogunan Ashikaga telah
menyaksikan perkembangan yang pesat dalam bidang seni lukis. Ini berikutan
daripada kehadiran dua pelukis agung iaitu Tosa Mitsunobu (meninggal dunia pada
tahun 1523M) dan Kano Motonabu (1476-1599M)[16].
Yoshimitsu merupakan salah seorang penaung dalam bidang seni lukis dengan
usahanya dalam pembinaan pusat kesenian perak. Selain itu, beliau turut membina
taman-taman bunga yang cantik untuk beristirehat. Yoshimitsu merupakan salah
seoerang pengiring kepada pelukis zen iaitu Naomi. Beliau juga mengeluarkan
pengecat dakwat ‘ monochrome’ iaitu
penggunaan secara berhati-hati dakwat hitam dan penggunaan kertas yang sangat
istimewa amat dititikberatkan. Lukisan yang penuh dengan unsur-unsur kesenian
amat digalakkan pada zaman ini. Ia dikenali dengan nama ‘sparingly and boldly’ yang merupakan suatu teknik percikan yang
sangat menarik[17].
Penggunaan warna yang banyak adalah tidak digalakkan kerana salah seorang
pelukis terkenal Sheshu (1420-1500M) pernah menyatakan bahawa pelbagai warna
akan membutakan pemandangan atau lebih jelasnya akan menjadikan sesebuah
lukisan kurang menarik. Sheshu merupakan seorang budak shubunis yang telah
menjadi salah seorang pelukis agung di Jepun[18].
Dalam usaha melahirkan pelukis yang berbakat dua orang rahib Buddha zen iaitu
Shubun dan Josetsu yang menetap di kuil Shokuji telah menjadi guru yang
bertauliah pada waktu itu. Pelukis-pelukis agung seperti Motonobu dan Mitsunobu
merupakan antara pelukis yang berjaya dilahirkan oleh mereka.
Seni bina
Pemerintah Kesyogunan Ashikaga iaitu
Yoshimitsu telah memajukan bidang seni dengan pembinaan Pavilion Emas (
Kinkaku) di Kitayama. Kinkaku merupakan bangunan yang dibuat dengan kayu dan
ditempatkan di kawasan yang sesuai berasaskan ajaran Buddha[19], Satu
lagi seni bina Jepun yang hebat ialah semasa pemerintahan Yoshimasa pada tahun
1449 apabila beliau membina Pavilian Perak (Ginkaku) dalam kebunnya[20].
Walau bagaimanapun, pembinaannya telah dianggap sebagai satu pembaziran. Kinkaku
dan Ginkaku mempunyai tiga platform Buddha dan bangunan ini sentiasa memberikan
cerita ganjil dan pelik.
Seni Lanskap
Pada zaman Ahikaga, kesenian Jepun berasakan
landskap taman yang ditiru berdasarkan kepada corak kuil zen dan istana
golongan bangsawan[21]. Ianya
memaparkan kagungan alam dan sejajar dengan itu pembinaan jambatan, pulau-pulau
dan sungai buatan manusia juga turut dilakukan tetapi dengan penuh berhati-hati
bagi memastikan hasilnya akan lebih bermutu. Bagi memberikan seni ‘landscape’ atau pemandangan yang
cantik, batu-batu besar juga turut
digunakan bagi diletakkan di sekeliling binaan.
Muzik dan tarian
Aspek kebudayaan seperti muzik dan tarian
merupakan suatu kebudayaan yang sering dipertonjolkan pada zaman Muromachi[22].
Ini disebabkan ia merupakan salah satu cara yang dapat memberikan hiburan pada
setiap orang. Atas sebab itu, Sarugaku (sejenis
pengajukan komik) dan Dengaku ( sejenis muzik dan tarian) menjadi sangat
popular di kalangan rakyat biasa[23].
Manakala ‘no drama’ terkenal di
kalangan aristokrat dan bangsawan tempatan. Ia biasanya memaparkan tema Shinto
dan Buddhist dalam ceritanya[24]. No play pula dipersembahkan diatas pentas
melibatkan pelakon lelaki yang memakai topeng dan memakai jubah yang disulam
dengan cantik dimana mereka melakonkan kedua-dua peranan lelaki dan perempuan[25].
Selain itu juga dapat dilihat upacara teh dan penyusunan bunga (Ikebana)
menjadi amat popular terutamanya dalam kalangan aristokrat[26].
Keagamaan
Dari
segi keagamaan, zaman Ashikaga ini memperlihatkan kemunculan beberapa mazhab
agama Buddha seperti Jodo Shinsu yang menjadi lebih popular[27].
Ringkasnya, agama Buddha mengatakan bahawa dunia adalah tidak wujud. Ini
disebabkan ia penuh dengan penderitaan. Walau bagaimanapun, apabila penderitaan
ini berjaya dikenal pasti, maka penderitaan akan berakhir. Hakikatnya,
Buddhisme di Jepun memperlihatkan dua aspek yang berbeza berdasarkan dua
golongan masyarakat. Golongan pertama memperlihatkan bahawa mereka menerima
ajaran Buddha manakala golongan kedua
sanggup menerima satu agama yang penuh dengan disiplin. biara-biara
(terakoya) telah wujud dengan cepat pada zaman ini[28].
Faktor-Faktor Kejatuhan Kesyogunan Ashikaga.
Masalah
kepimpinan
Pembaziran yang dilakukan oleh Yoshimitsu
dalam bidang kesenian di Kyoto menyebabkan pelbagai perkara yang terjadi. Ini
dapat diringkaskan melalui tahun-tahun tersebut iaitu pada 1361-1362,berlakunya
sebanyak sembilan letupan gempa bumi, wabak penyakit yang menular yang boleh
menyebabkan kematian. Pada tahun 1362, kemarau melanda dengan dahsyatnya
menyebabkan berlakunya masalah kebuluran. Pada tahun 1365, berlakunya banyak
kebakaran serta berleluasanya penyakit cacar di kalangan rakyat. Manakala pada
tahun 1369, telah berlaku gempa bumi yang paling teruk. Pada tahun 1379, Yoshimitsu
telah membina Muromachi-dai yang dikenali sebagai Hana-No-Gosho (Tempat yang
dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga). Kesan daripada penggunaan wang yang
banyak menyebabkan masalah kebuluran semakin buruk.
Sewaktu pemerintahan Yoshimasa, keadaan di
Kyoto juga adalah sama seperti di bawah pemerintahan datuknya iaitu Yoshimitsu.
Pada tahun 1447-1448, berlakunya rusuhan di kalangan warganegara serta
kebangkitan golongan pelampau yang mencabar kerajaan. Pada tahun 1447, berlaku
lebih banyak kejadian gempa bumi dan selama tujuh bulan berlakunya banjir yang
menyebabkan jambatan Gojo dan Seto
musnah. Keadaan ini telah mengorbankan ramai penduduk. Masalah wabak
penyakit yang melanda selama tujuh bulan dan dianggarkan setiap hari melebihi
seribu orang penduduk meninggal dunia pada tahun 1449. Pada tahun 1454 iaitu
pada 29 September telah berlaku
rusuhan-rusuhan menentang kerajaan.
Perang Onin (
1467-1477M )
Perang onin ini dikatakan penyebab utama
kejatuhan Kesyogunan Ashikaga. Perang Onin yang berlaku ini berlangsung pada
1467 hingga 1477[29].
Perang Onin berlaku melibatkan dua kumpulan yang bersaing antara satu sama lain[30]. Perang
ini berpunca daripada suatu perselisihan yang sengit di antara dua keluarga
Kavei yang memperlihatkan kumpulan-kumpulan ini telah dipimpin oleh Hosokawa
dan Yamana. Perang Onin ini telah memusnahkan Kyoto yang bertindak sebagai ibu
negara Jepun pada Zaman Kesyogunan Ashikaga. Campur tangan turut berlaku dari
kalangan tuan-tuan tanah feudal yang akhirnya menyebabkan berlakunya
perselisihan keluarga dan huru-hara yang bertambah dahsyat. Pergaduhan,
rompakan dan pembakaran yang berlaku bertahun-tahun telah menghancurkan Kyoto
dan kawasan-kawasan disekitarnya[31]. Pada
tahun 1473M, kedua-dua Hosokawa dan Yamana telah meninggal dunia dan
menyebabkan peperangan ini berterusan selama beberapa tahun sehingga
1478M. Akhirnya, kumpulan Hosokawa telah
memperolehi kemenangan. Semenjak dari tahun 1478M, kumpulan Hosokawa mula
meluaskan pengaruh dan kuasanya ke atas Syogun-Syogun Ashikaga.
Keluarga Hosokawa dan pengaruhnya terhadap Kesyogunan
Ashikaga.
Kejatuhan Kesyogunan Ashikaga banyak
dipengaruhi oleh keluarga Hosokawa. Ini kerana keluarga ini sering melantik dan melucutkan jawatan dalam
Kesyogunan Ashikaga dengan sesuka hati. Peristiwa ini telah berlaku dalam
tempoh tahun 1490M hingga 1550M. Di antara tempoh tersebut telah menyaksikan
perlantikan lima orang Syogun yang akhirnya terpaksa turun takhta oleh keluarga
Hosokawa. Pada tahun 1565M Syogun
Ashikaga yang ke-13 telah dibunuh dan digantikan oleh Ashikaga Yoshihide yang
kemudiannya meninggal dunia pada tahun 1568M. Selepas kematian ayahnya, Yoshiaki
kemudiannya telah dilantik oleh Oda Nobunaga yang merupakan seorang daimyo yang
paling berkuasa di Jepun[32].
Yoshitane (Dilantik 1490)
Yoshizumi (Dilantik 1493)
Yoshitane (Dilantik 1508)
Yoshiharu (Dilantik 1521)
Yoshiteru (Dilantik 1545)
Yoshihide (Dilantik1565)
Yoshiaki (Dilantik 1568)
|
Turun
takhta 1493
Turun
takhta 1508
Turun
takhta 1521
Turun takhta
1545
Dibunuh 1565
Meninggal
dunia 1568
Dipecat
1573
|
Syogun-Syogun Ashikaga dari tahun 1940
Oda Nobunaga
merupakan seorang daimyo yang berasal dari wilayah Owari[33].
Oda Nobunaga telah memasuki Kyoto ketika era pemerintahan Yoshiaki[34]. Yoshiaki
kemudiannya telah dipecat oleh Oda Nobunaga pada 1573 yang menyebabkan
berakhirnya Kesyogunan Ashikaga.
Kesimpulan
Walaupun Kesyogunan Ashikaga tidak
mempunyai sejarah poltik dan ketenteraan sehebat era Kamakura, namun ia telah
berperanan besar dalam dari segi pertumbuhan ekonomi, kebudayaan dan sosial
Jepun. Kebudayaan Jepun telah berkembang seperti kesenian, muzik, drama dan
dalam adab minum teh. Kejatuhan Kesyogunan Ashikaga telah menimbulkan huru-hara
politik untuk suatu jangka masa waktu yang dikenali sebagai Sengoku jidai atau dipanggil sebagai era
peperangan[35].
salam.. mana ye nk dptkn sumber?
ReplyDelete