Monday, January 27, 2014

INDIAN OCEAN RIM FOR REGIONAL CO-OPERATION (IOA-ARC)

IOR-ARC telah dilancarkan di Mauritius di 6-7 Mac 1997. Ahli-ahlinya yang terbaru terdiri daripada 19 ahli iaitu Australia, Seychelles, Bangladesh, India, Indonesia, Iran, Kenya, Madagascar, Malaysia, Mauritius, Mozambique, Oman, Singapura, Afrika Selatan, Sri Lanka, Tanzania, Thailand, Emiriah Arab Bersatu, dan Yaman. Walaubagaimanapun sebelum ini, Seychelles mengumumkan penarikan diri daripada pertubuhan pada Julai 2003. China, Mesir, Perancis, Jepun, dan United Kingdom ialah rakan dialog IOR-ARC.


OBJEKTIF PERTUBUHAN INDIAN OCEAN RIM FOR REGIONAL CO-OPERATION (IOR-ARC)
 Menurut piagam IOR-ARC, objektif-objektif pertubuhan ini yang asas ialah untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi  yang mampan dan mewujudkan pembangunan yang seimbang sekitar  rantau ini serta di negara-negara anggota, dan bagi mewujudkan asas yang sama bagi kerjasama ekonomi serantau.
     Objektif seterusnya ialah untuk  memfokuskan kepada  kerjasama bidang ekonomi yang menyediakan peluang maksimum membangunkan kepentingan bersama dan saling menuai faedah-faedah bersama. Selain itu juga membentuk dan melaksanakan projek-projek untuk kerjasama ekonomi berkaitan dengan kemudahan perdagangan, promosi pelaburan asing, pertukaran saintifik dan teknologi, pelancongan, dan membekalkan perkhidmatan asas yang tidak berdiskriminasi dan pembangunan infrastruktur, promosi pengangkutan maritim dan ehwal berkaitan, kerjasama dalam bidang perikanan, penyelidikan dan pengurusan, akuakultur, pendidikan dan latihan, tenaga, IT, kesihatan, perlindungan persekitaran, pertanian serta pengurusan bencana.
     Selain itu, ia bertujuan meneroka semua kemungkinan dan ruang bagi liberalisasi perdagangan, memansuhkan halangan-halangan untuk ke arah perdaganan yang lebih bebas dan meningkatkan aliran barangan, perkhidmatan, pelaburan, dan teknologi dalam rantau di Lautan Hindi.
      Berobjektif menggalakkan interaksi yang rapat dalam perdagangan dan industri, institusi akademik, sarjana-sarjana dan masyarakat di negara anggota tanpa sebarang diskriminasi dan tanpa menjejaskan ekonomi serantau dan aturan kerjasama perdagangan.
     Ia juga berperanan untuk mengukuhkan kerjasama dan dialog antara negara ahli dalam forum antarabangsa mengenai isu-isu ekonomi global, dan di mana wajar untuk membangunkan perkongsian strategi-strategi dan mengambil kedudukan atau jawatan biasa dalam forum antarabangsa berkaitan isu-isu kepentingan bersama.
     Objektif IOR-ARC terakhir ialah bagi menggalakkan kerjasama dalam perkembangan sumber manusia terutamanya melalui hubungan lebih rapat antara institusi latihan, universiti-universiti dan lain-lain institusi-institusi khusus negara-negara ahli.









No comments:

Post a Comment